Monday, June 30, 2014

Jenis Penyakit Pokok Kelapa Sawit Dan Cara Rawatan Pencegahan


Pengurusan penyakit tanaman sawit merupakan aspek penting untuk menambah kuantiti dan kualiti hasil yang akan dikeluarkan. Bagi industri sawit, beberapa penyakit telah dikenalpasti boleh menjejaskan industri pengeluaran minyak sawit. Penyakit-penyakit tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti  genetik dan kulat.

Penyakit Jembala (Crown Diseases)
Penyakit ini mudah dikesan apabila terdapat pelepah dan daun menjadi patah di bahagian tengah mengakibatkannya berbau busuk. Antara faktor penyebab berlakunya penyakit Crown Diseases ini adalah pokok yang baru berkembang mengalami tekanan atau stress, menerima kurang nutrisi dan genetic. Pada peringkat akhir serangan, pelepah dan pucuk yang patah akan berbentuk mahkota (crown)


Penyakit reput pucuk (rut bot- spear Rot)
Penyakit ini dapat dikesan apabila bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang.  Pucuk yang mati senang dicabut dan jika umbut tidak terjejas kemungkinan pokok akan mengeluarkan pucuk baru. Pokok yang diserang penyakit ini akan mengeluarkan bau busuk (putrid odour) dan mempunyai kaitan dengan serangan bacteria. Dalam jangka masa 12-24 bulan, pokok yang terkena serangan penyakit ini akan mengeluarkan berat buah yang semakin berkurangan termasuk kualiti pengeluaran minyak oleh tandan terbabit. Pokok yang mengalami serangan yang serius akan mati.

Reput batang bahagian atas (Upper Stem Rot)
Pokok yang diserang akan terdapat tompok-tompok kuning (chlorisis) pada daun. Ibu kulat (sporophores) biasanya tumbuh seperti kulit keras berwarna perang kekelabuan berukur 8sm -  10sm.

Reput Tandan Buah (Marasmius)
Tanda-tanda penyakit mudah dikesan apabila tandan buah reput diliputi bebenang putih (mycelium). Apabila keseluruhan tandan buah diserang, cendawan-cendawan akan kelihatan. Cendawan – cendawan ini selalunya berwarna putih dan berubah menjadi merah samar pada musim kering atau kemarau.


Penyakit reput pangkal batang (Basal stem Rot)
Agen penyebab; Ganoderma boninense
Penyakit ini telah dikenalpasti boleh menjejaskan Industri pengeluaran minyak sawit.
Mengikut laporan, dibahagian tepi pantai pokok yang berumur 13 tahun ke atas, sebanyak 80% akan diserang penyakit BSR.
Di bahagian pedalaman pula, pokok yang berumur 13 tahun keatas menunjukkan 30% berpotensi diserang oleh penyakit BSR. 
Penyakit ini menyebabkan pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka dan akhirnya menjadi perang dan mati. Serangan bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati menjadi terkulai, membentuk seperti penutup di sekeliling batang. Apabila pangkal batang reput, semua pelepah akan mati. Pada peringkat awal, ibu kulat menjadi putih dan berubah-ubah menjadi perang berkilat pada bahagian atas. Penyakit BSR juga merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit dan bersifat parasit pada akar dan pohon.

Pada asasnya penyakit BSR disebar oleh Spora cendawan dengan beberapa cara ;  
1. Pembiakan 'Berseks' dan 'Tanpa seks' .
2. 
Disebar oleh tanah dan akar. 
3. Disebar oleh air dan udara.
4. Disebar oleh serangga.
5. Disebarkan oleh pekerja.
6. Pekebun yang kurang pengetahuan BSR...
 
Miselium boleh merembeskan pelbagai jenis enzim yang boleh menguraikan serat kayu pokok kelapa sawit dan menyerap menjadi pemakanan, pada masa yang sama ia akan  mereput pokok kelapa sawit. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit BSR

1. Persekitaran yang lembap.
2. Tanah yang berasid.
3. Pokok yang berumur.
4. Baja yang berlebihan dan tidak seimbang.
5. Disebar oleh tanaman lain yang telah dijangkit oleh
    penyakit BSR seperti pokok kelapa dan getah.
6. Tanam semula di atas kawasan yang belum dibersihkan
    dengan teliti yang menghadapi BSR sebelum ini.
7. Menggunakan baja organik 'mentah' atau yang tercampur
    abuk kayu yang mengandungi spora seperti tahi ayam.
8. Penggunaan racun rumpai menyebabkan reput akar.

Jangka panjang dan penggunaan baja kimia yang berlebihan menjadi punca keasidan tanah, strain mikrob tanah akan berkurangan atau apabila kehilangan keseimbangan ekologi,imunisasi pokok akan menjadi lemah dan mudah dijangkit penyakit BSR. 

 Kaedah pencegahan & Pengawalan Penyakit Sawit

Penyakit Jembala (Crown Disease)
Untuk mengelakkan merebaknya penyakit ini, bahagian yang dijangkiti hendaklah dipotong dan diikuti dengan semburan 0.1% Thiabendazol.

Reput pucuk (But Rot – Spear Rot)
Pengawalan yang dilakukan adalah dengan mencabut pucuk-pucuk yang mati dan sembur bahagian tersebut dengan campuran racun kulai atau racun bacteria seperti Thiram dan Streptomycin. Selain itu, untuk merawat penyakit ini dari menjadi lebih serius, baja yang digunakan hendaklah mengandungi asid phosphoric, potassium hydroxide dan potassium citrate samada melalui suntikan ke batang pokok atau melalui serapan akar. Baja Green Drops mengandungi 8.28% Potassium, 3.07% Phosphorus dan 6.10% Nitrogen dan ia mencukupi untuk mencegah serta mengurangkan penyakit Reput Pucuk.

Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)
Penyakit ini boleh dikawal dengan memotong bahagian yang diserang dan sapu cat pelindung pada bahagian tersebut. Pokok yang mati hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar.

Reput Tandan Buah (Marasmius)
Penyakit reput tandan buah boleh dikawal dengan cara memusnahkan semua tandan  yang diserang. Jika hanya sebahagian sahaja yang diserang, semburan racun kulat adalah disyorkan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan cara membuang semua tandan buah muda supaya kulat tidak merebak dan menjadikan tandan-tandan berkenaan busuk.

Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)
Penyakit ini belum ada satu kawalan yang baik. Bagaimanapun penyakit seumpama ini dapat dielak dengan menjaga kebersihan ladang dengan baik. Pokok yang kena serangan perlu dimusnahkan.

Cara rawatan penyakit cendawan:
Pulihkan tanah dahulu. Baja GoSawit mampu memulih dan meningkatkan tahap PH dalam tanah. Baja GoSawit juga mampu mengurangkan fungal, pathogen, nematode dan lain-lain penyakit dalam tanah. Ini sekaligus akan membunuh bakteria cendawan.
Ingat, perlu sihatkan dahulu tanah sebelum membuat sebarang rawatan terhadap ganoderma.  Dengan penggunaan baja GoSawit, tanah akan kembali kepada neutral dan persekitaran yang sihat ini akan membantu pertumbuhan kelapa sawit. Baja GoSawit mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon, Copper. Iron, Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen dan banyak lagi.
  

1 comment:

  1. Super Lucky Casino has selection of|quite a lot of|a wide range of} on line casino style games so that you can} play. They have more than half a dozen slots games may be} themed in various ways. Each recreation has well over a dozen machines select from|to select from} together with various every day prizes. A few of them even embrace tournament modes and leaderboards to see the way you stack up against the competitors. Playtika is a developer on Google Play with a number of} https://choegomachine.com/ slots games.

    ReplyDelete